fbpx

Pegawai perubatan, kesihatan ditempatkan di PPS Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaini (kiri) dan Hilman (tengah) mendengar penerangan mengenai kaedah merawat bayi pada Majlis Perasmian Karnival ANMS, Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera dan Karnival Sihat di Lembah Sireh, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) akan menempatkan seramai 10 hingga 20 pegawai perubatan dan petugas kesihatan di pusat pemindahan sementara (PPS) semasa musim banjir tidak lama lagi.

Pengarah JKNK, Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, mereka yang terbabit akan bertugas di PPS termasuk dari Jabatan Kesihatan Daerah mengikut keperluan bergantung kepada jumlah kapasiti mangsa banjir.

Menurutnya, meskipun jangkitan Covid-19 masih belum reda sepenuhnya, prosedur operasi standard (SOP) tetap diambil kira demi keselamatan semua mangsa banjir sepanjang berada di PPS.

“Bagi mereka yang bergejala seperti batuk, selsema atau demam berpanjangan perlu menjalani ujian saringan Covid-19.

“Sekiranya ada dalam kalangan mangsa banjir yang dijangkiti Covid-19, mereka akan ditempatkan di bilik khas untuk diasingkan daripada mangsa banjir lain,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Karnival Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS), Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera dan Karnival Sihat di pekarangan sebuah pusat beli-belah di Lembah Sireh di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Jawtankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan dan Kesihatan negeri, Hilmi Abdullah.

Mengulas lanjut, Zaini berkata, mangsa banjir dinasihatkan supaya menjaga keselamatan dan kesihatan diri selain mematuhi SOP sepanjang berada di PPS. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI