fbpx

Parti lain pun banyak rasuah, kes lain – Noh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh (tengah) selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Tanjong Karang, hari ini.

KUALA SELANGOR – Barisan Nasional (BN) Selangor membidas Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menyatakan parti itu mempunyai ramai pemimpin yang terlibat dalam kancah rasuah.

Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, ini lebih kepada individu itu sendiri dengan terdapat juga pemimpin daripada parti lain turut mempunyai gejala sama.

Justeru, beliau menegaskan adalah salah sekiranya pemahaman Abdul Hadi dengan mengaitkannya dengan parti.

“Saya tengok parti lain pun ada juga pemimpin dia terlibat bukan sahaja rasuah malah kes-kes lain. Jangan libatkan parti kerana ini adalah individu waktu dia jadi pemimpin.

“Siapa yang terlibat kena ikut undang-undang dan kita tidak kacau proses kehakiman. Kalau kita nak bantai dia (Pas), pun lagi banyak boleh dibantai namun tidak mahu lihat politik yang boleh merosakkan hubungan persaudaraan,” katanya selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Tanjong Karang di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Abdul Hadi bahawa Pas memilih untuk bersama Perikatan Nasional (PN) berbanding menjalin kerjasama dengan UMNO dan BN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) disebabkan ada pemimpin parti itu yang rakus mahu memerintah negara, selain adanya penerima rasuah.

Noh yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor memaklumkan sekiranya Pas khususnya mempunyai kesetiaan yang kuat mampu membentuk kerjasama kuat dengan UMNO khususnya kerana kedua-dua parti mempunyai akar umbi yang kuat.

“Dia (Pas) bertunang dengan kita, tidak sempat bernikah pun tiba-tiba dalam diam nikah dengan orang lain. Nikah plak dengan janda kita iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan BN bersedia bertempur tiga penjuru dalam PRU15 Parlimen Selangor nanti. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI