fbpx

Liga Super: Hujan lebat jejas aksi Penang FC, Selangor FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUCAS (kanan) diasak pertahanan Selangor FC, Shahrul Nazeem pada aksi terakhir Liga Super 2022 di Stadium Bandaraya, George Town, di sini malam tadi.

GEORGE TOWN – Hasrat pasukan Penang FC untuk melupakan kekalahan pada perlawanan terakhir Liga Super 2022 tidak membuahkan hasil apabila hanya terikat 1-1 ketika menentang Selangor FC di Stadium Bandaraya, di sini malam tadi.

Beraksi dalam keadaan hujan lebat dan padang becak tidak dinafikan menjadi faktor utama pemain kendalian Penolong Ketua Jurulatihnya, Manzoor Azwira Abd Wahid itu berdepan kesukaran untuk melakukan tambahan jaringan sehingga di akhir minit perlawanan.

Gol tunggal skuad Harimau Kumbang itu berjaya diledakan pemain pertahanannya, Rafael Vitor pada minit ke-31 menerusi sepakan penalti.

Ini selepas cubaan sepakan pemain tengah Penang FC, Muhammad Danial Ashraf ke gawang lawan ditahan pemain pertahanan pasukan pelawat, Sharul Nazeem Zulpakar.

Selang lima minit kemudiannya, pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee telah menyamakan kedudukan hasil sepakan Mohd. Nor Hakim Hassan pada minit ke-36.

Memasuki babak kedua, kedua-dua pasukan dilihat lebih berhati-hati ketika beraksi dalam keadaan lencun namun tetap melakukan serangan balas.

Selangor FC dilihat turut beberapa kali melakukan gerakan bahaya ke pintu gol lawan namun tiada percubaan berjaya dilakukan.

Keputusan kekal 1-1 sehingga tamat masa perlawanan.

Pada 13 Oktober lalu, Penang FC dalam satu kenyataan di media sosial Facebook berkata, aksi terakhir Liga Super menentang Selangor FC pada Sabtu menjadi perlawanan pertama Harimau Kumbang di bawah Manzoor Azwira.

Penang FC mengambil tindakan drastik merehatkan ketua jurulatihnya, Datuk Zainal Abidin Hassan dipercayai ekoran aksi hambar yang berturut-turut. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI