fbpx

Lelaki ‘tadah’ telinga bayi menangis tanpa henti dalam penerbangan 29 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penerbangan 29 jam itu berlepas dari New Zealand ke Jerman. - The Sun

AUCKLAND – Seorang penumpang sebuah penerbangan dari New Zealand menuju Jerman berkongsi pengalaman dia terpaksa menahan telinga mendengar tangisan bayi tanpa henti sepanjang penerbangan jarak jauh yang mengambil masa 29 jam, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Penumpang berkenaan, Henry Beasley merakam situasi tersebut sepanjang perjalanan sejauh 17,702 kilometer dan memuat naik video mengenainya di laman TikTok.

Beasley berkata, tempat duduknya terletak hanya beberapa baris di hadapan bayi menangis itu.

“Bayangkan penerbangan selama 29 jam saya ke Berlin dengan suara nyaring bayi seperti cerek air menggelegak yang tidak ditutup,” katanya dalam video tersebut.

Video itu mendapat reaksi berbeza di media sosial. Ada netizen berasa marah dengan tangisan bayi itu dan ada juga bersimpati dengan ibu bapanya.

“Pernah berada dalam situasi anak enggan berhenti menangis, percayalah bahawa ia juga tidak menyeronokkan untuk kami,” kata seorang bapa dalam ruangan komen. 

“Saya dapat bayangkan perasaan penumpang ini kerana saya yang hanya menonton video ini juga berasa marah kerana berasa diganggu,” kata netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI