fbpx

[KEMASKINI] Kereta Apeh Jamal terbabas tidak jauh dari petak permulaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta dinaiki Apeh Jamal yang terlibat dalam kemalangan maut pada perlumbaan Battle of The Kings di Litar Permotoran Gong Badak, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Perlumbaan drag, Battle of the King (BOTK) 2022 di Litar Permotoran Terengganu di sini semalam dikejutkan dengan kemalangan yang meragut nyawa seorang pesertanya.

Apeh Jamal atau nama sebenarnya, Muhamad Hafez Jamal Jamaludin, 40, meninggal dunia akibat parah di kepala dan beberapa anggota badan.

Kejadian pada pukul 11.35 pagi itu berlaku sewaktu Apeh Jamal yang berasal dari Ipoh, Perak sedang berlumba dengan menggunakan kereta jenis Mitsubishi Lancer Evo.

Seorang saksi dikenali sebagai Awaluddin mendakwa, sebelum kejadian, kereta dipandu mangsa baru dilepaskan dari petak permulaan.

“Kereta tersebut tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas.

“Ia kemudiannya melepasi trek perlumbaan sebelum merempuh sebatang pokok,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian hari ini.

Awaluddin memberitahu, Apeh Jamal yang juga bapa kepada dua anak dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini.

Katanya, dia difahamkan pelumba drag terkenal itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital tersebut.

Kemalangan maut itu menyebabkan siri perlumbaan yang sepatutnya dijadualkan berakhir hari ini dibatalkan serta-merta oleh pihak penganjur.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI