fbpx

Cuti umum di Johor esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jhor umum cuti peristiwa selepas JDT menjuarai Liga Super malam ini

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri mengisytiharkan Ahad ini (esok) sebagai cuti khas peristiwa sempena kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan pencapaian cemerlang kontinjen Negeri Johor dalam kejohanan sukan pada tahun ini.

Setiausaha Kerajaan negeri, Tan Sri Datuk Dr. Azmi Rohani berkata, cuti khas itu diberikan sebagai tanda menghargai kejayaan pasukan JDT menjuarai Liga Super buat sembilan musim berturut-turut serta memenangi 10 piala dalam kejuaraan lain yang disertai tahun ini.

Katanya, cuti khas itu juga sebagai tanda meraikan kejayaan cemerlang Kontinjen Negeri Johor menjuarai kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) Edisi ke-20 buat pertama kali semenjak ia dianjurkan pada 1986.

“Kerajaan Negeri juga ingin memberi penghargaan kepada beberapa acara sukan lain yang disertai oleh pasukan negeri yang mencatatkan kecemerlangan antaranya bola jaring menerusi Johor Jewels yang menjuarai Sooka Netball Super League (NSL) 2022.

“Pasukan Sepak Takraw juga beraksi cemerlang apabila berjaya menjuarai Piala Tun Ali pada bulan Ogos yang lalu.

“Manakala pasukan ragbi pula menempa kejayaan apabila menjuarai Ragbi 7 Sebelah Kebangsaan bawah 21 tahun dan menjadi johan dalam Kejohanan HARP Men’s U19 Championship 2022,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azmi berkata, pemberian cuti ini juga merupakan penghargaan Kerajaan Negeri kepada pihak terlibat dan rakyat Negeri Johor yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada setiap pasukan yang bertanding mewakili negeri ini.

Tambahnya, keputusan pengisytiharan Cuti Khas Peristiwa ini adalah selaras dengan peruntukan kuasa yang diberikan mengikut Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 [Akta 369]. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI