fbpx

AeU lancar APEL Q dan APEL Centre

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Shatar menandatangani plak sebagai simbol pelancaran APEL Q dan APEL Centre di AeU baru-baru ini.

PETALING JAYA – Asia e University (AeU) telah melancarkan Accreditation Of Prior Experiential Learning for Award of Academics Qualification (APEL Q) dan APEL Centre, Khamis lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Datuk Prof. Mohammad Shatar Sabran berkata, universiti itu telah memainkan peranan besar bagi mewujudkan masyarakat berilmu sekali gus menyumbang kepada pembangunan sumber manusia.

“Ia dilakukan dengan mengenal pasti pekerja mahir menerusi pelaksanaan akreditasi tersebut iaitu akreditasi pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu.

“Sekali gus ia memberi kesan kepada pembangunan ekonomi dan sosial komuniti dalam menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi,” katanya dalam satu kenyatan di sini hari ini.

APEL Q merupakan akreditasi untuk pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu bagi penganugerahan kelayakan akademik.

Pengiktirafan itu diberikan berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan yang diperoleh menerusi pembelajaran secara formal dan tidak formal.

Manakala, APEL Centre pula berfungsi membimbing dan menyokong calon berpotensi yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian mereka pada masa akan datang.

Dalam pada itu, Naib Canselor AeU, Tan Sri Prof. Emeritus Nik Mustapha Raja Abdullah berkata bagi tahun ini, AeU merekodkan sekitar 70 orang calon yang mengikuti inisiatif APEL Q menerusi pelbagai program.

Ujar beliau lagi, secara keseluruhan, AeU telah menghasilkan lebih 25,000 lulusan sepanjang 15 tahun beroperasi dan universiti itu tidak asing kepada pengiktirafan pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu, memandangkan kebanyakan pelajarnya adalah golongan dewasa yang bekerja.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI