fbpx

Teksi Thai kenakan bayaran RM62 untuk jarak 2 kilometer kepada pelancong Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa menaiki teksi motosikal milik Noppakhun untuk pergi ke Balai Polis Mueng Had Yai. – Thaiger

BANGKOK – Seorang penunggang teksi motosikal di Songkhla, Thailand mengaku sengaja me­ngenakan caj berlebihan kepada seorang pelancong Malaysia ke­rana mesin basuh miliknya rosak dan dia memerlukan wang bagi membaiki peralatan tersebut, lapor laman berita Thaiger.

Noppakhun Nuchmuang, 52, meminta tambang 500 baht (RM61.90) daripada pelancong yang terkandas itu selepas menghantarnya ke destinasi pada jarak hanya 2 kilometer (km).

Ahli Majlis Perbandaran Hat Yai, Suppawit Maneechot berkata, beliau menerima aduan mengenai penunggang teksi motosikal tersebut daripada mangsa.

Menurutnya, kereta milik mangsa pada awalnya kena kapit tayar dan bagi membayar denda tersebut, dia menaiki teksi motosikal milik Noppakhun untuk pergi ke Balai Polis Mueng.

Pelancong tersebut dikenakan bayaran sebanyak 500 baht (RM61.90) untuk jarak sekitar 2 km, sedangkan harga tambang sepatutnya hanya 100 baht (RM12.40).

Polis kemudiannya menahan Noppakhun, manakala lelaki itu pada awalnya menafikan dakwaan mangsa. 

Bagaimanapun, dia akhirnya mengakui kesalahannya. Noppakhun diberitahu oleh polis dia berdepan hukuman penjara ke­rana membuat pengakuan palsu.

Noppakhun mendedahkan bahawa dia tidak menerima seorang penumpang pun pada hari kejadian. Sebaik sahaja melihat pelancong dari Malaysia yang terkandas itu, dia menawarkan perkhidmatan dengan bayaran tinggi.

Tambah Noppakhun, dia tidak mengugut pelancong berkenaan selain mendakwa, dia merupakan pemandu yang membayar cukai serta kali pertama melakukan kesalahan itu.

Tambah lelaki itu, mesin ba­suh miliknya rosak dan dia memerlukan wang untuk membaiki peralatan tersebut.

Noppakhun didakwa di bawah Seksyen 159 Akta Pengangkutan Darat kerana mengenakan tambang pengangkutan melebihi bayaran standard. Dia berdepan hukuman denda sehingga 5,000 baht (RM618.76). – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI