fbpx

Skuad berbasikal wanita Jerman cipta rekod dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DARI kiri: Grabosch, Hinze dan Friedrich ceria selepas meraih pingat emas dalam acara pecut berpasukan wanita Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI di velodrome Saint Quentin en Yvelines, Perancis semalam. – AFP

PARIS – Skuad berbasikal Jerman mengukuhkan cengkaman dalam acara pecut berpasukan wanita apabila mereka mencipta rekod dunia pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI di velodrome Saint Quentin en Yvelines, Perancis semalam.

Pada saingan itu, Jerman yang diwakili trio Pauline Grabosch, Emma Hinze dan Lea Sophie Friedrich dua kali pecah rekod dunia dan menjadi pasukan wa­nita pertama berjaya mencatat keputusan bawah 46 saat.

Pada pusingan pertama, pasukan wanita Jerman itu melakukan 45.983 dan ia tidak berhenti di situ sahaja apabila mereka meningkatkan kelajuan sebelum meraih pingat emas dengan catatan dunia baharu 45.967s sekali gus mengatasi China.

Hasil keputusan tersebut, trio Jerman tersebut berjaya melakar kemenangan hatrik mereka pada Kejohanan Dunia Trek selepas cemerlang pada saingan edisi 2020 di Jerman, Berlin dan 2021 (Roubaix, Perancis).

“Kami berbangga kerana kami berjaya mempertahankan gela­ran dunia untuk kali ketiga berturut-turut,” kata Lea Sophie

Dalam kategori lelaki, Australia melakukan kejutan apabila menamatkan dominasi Belanda yang memenangi acara pecut berpasukan lelaki empat kali berturut-turut apabila merangkul pingat emas acara itu.

Trio Australia Leigh Hoffman, Matthew Richardson dan Tho­mas Cornish mengalahkan pasukan Belanda yang diketuai oleh juara dunia sembilan kali, Harrie Lavreysen dengan kemenangan tipis selepas dipisahkan 0.043s selepas menamatkan saingan tersebut 41.600s.

Dalam pada itu, Martina Fidanza dari Itali mengekalkan gelaran pada perlumbaan 10 ki­lometer scratch wanita selepas memecut laju meninggalkan ja­guh berbasikal dari Belanda, Maike van der Duin dengan dua baki pusingan sebelum menamatkan saingan secara solo pada pusingan terakhir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI