fbpx

Saarani dititah menghadap Sultan Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Nazrin melancarkan Buku Al-Syahadah Al-I’dadiah Ad-Diniah dan Kurikulum Standard Asas Pengajian Islam OKU Negeri Perak pada Majlis Kecemerlangan Pendidikan Islam di Hotel Casuarina Meru, Ipoh hari ini. - FOTO/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad sekali lagi dititahkan menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta di sini hari ini.

Saarani memasuki pekarangan istana pada 11.50 pagi sebelum kenderaan dinaikinya dilihat beredar kira-kira 30 minit kemudian.

Turut dilihat memasuki pekarangan istana, kenderaan dinaiki Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Datuk Azmir Shah Zainal Abidin dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Terdahulu, Saarani memaklumkan yang beliau dititahkan menghadap baginda namun tidak mengetahui sama ada ia berkaitan dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak atau perkara lain.

“Saya dititahkan menghadap namun tidak pasti apa tujuannya. Tunggu pihak istana buat pengumuman,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Negeri Perak 1444H/ 2022M di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI