fbpx

Pesohor media sosial Singapura dipenjara tiga minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Low mengaku bersalah mengakses akaun OnlyFansnya dan melanggar syarat jaminan. – Titus Low

SINGAPURA – Seorang pencipta kandungan di Singapura dijatuhi hukuman penjara dan denda kerana melanggar undang-undang berkaitan perkara lucah, sekali gus sabitan pertama di negara pulau itu membabitkan pengguna laman web pornografi, lapor laman berita Wion News semalam

Pada Rabu lalu, Titus Low, 22, dijatuhi hukuman penjara selama tiga minggu dan denda SGD 3,000 (RM9,923) kerana berkongsi foto dan video lucah di sebuah laman web dewasa, OnlyFans.

Tertuduh dijatuhi hukuman selepas mengaku bersalah melanggar perintah polis yang menyekat aksesnya kepada platform langganan dewasa itu semasa disiasat atas dakwaan melanggar undang-undang lucah.

 Menurut stesen penyiaran CNN sebagai memetik penjelasan peguam Low, hukuman penjara tertuduh akan bermula pada 26 Oktober ini.

Mengikut undang-undang Singapura, penjualan dan pengeluaran bahan lucah adalah dilarang tetapi tidak mengharamkan aktiviti menonton bahan lucah.

OnlyFans berjaya mengumpulkan sejumlah besar pelanggan di Singapura walaupun wujud undang-undang ketat dalam menyekat akses kepada platform kandungan dewasa secara online.

Low disiasat selepas seorang wanita memfailkan aduan pada Disember tahun lalu selepas wanita itu menemui imej lucahnya dalam telefon anak saudara perempuannya yang berusia 12 tahun.

Susulan aduan itu, polis merampas telefon dan iPad milik Low dan menyekat aksesnya dalam akaun OnlyFans.

Bagaimanapun, dia berjaya mengakses akaun itu semula dan kembali berkongsi foto dewasa. Dia juga dilaporkan mencipta akaun kedua di platform berkenaan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI