fbpx

Pesawat latihan tersasar ketika mendarat di LTAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAAM mengesahkan insiden sebuah pesawat latihan tersasar dari landasan ketika mendarat di LTAM, Melaka, hari ini.

MELAKA – Pihak berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan satu insiden membabitkan sebuah pesawat latihan jenis Piper PA28-181, 9M-SKF di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam, di sini, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Chester Voo berkata, insiden itu dilaporkan berlaku pada pukul 11.03 pagi selepas pesawat tersebut yang dikendalikan oleh Akademi Penerbangan Malaysia (MFA) telah hilang kawalan.

“Semasa membuat pendaratan, pesawat itu yang dibawa seorang juruterbang telah tersasar keluar dari landasan sepatutnya.

“Juruterbang itu bagaimanapun dilaporkan dalam keadaan selamat, manakala pesawat terbabit sedang dialihkan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Ujarnya, pemeriksaan penuh landasan akan dilakukan untuk memastikan keselamatan operasi lapangan terbang.

“Siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI