fbpx

Perenang muda jadi taruhan MAS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HOE YEAN berjaya memegang lima rekod kebangsaan walaupun kini baru berusia 20 tahun sekali gus menjadi sandaran negara pada Sukan SEA Kemboja 2023. - FARIZ RUSADIO

PETALING JAYA – Presiden Persekutuan Renang Malaysia (MAS), Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim sudah mengenal pasti kelemahan bagi mengembalikan reputasi sukan itu yang tercalar pada Sukan SEA Vietnam 2021.

MAS antara dua persatuan sukan selain Kesatuan Olahraga Malaysia mendapat teguran oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) susulan prestasi yang kurang memberangsangkan di Hanoi pada Mei lalu.

Sehubungan itu, Shahidan berkata, pihaknya akan menyenaraikan perenang-perenang muda berpotensi untuk memberi saingan kepada atlet senior pada Sukan SEA Kemboja 2023.

“Kita sudah kenal pasti kelemahan yang melanda kem negara dan mengakui agak kecewa apabila tidak mencapai sasaran pada penyertaan sukan Sea edisi lalu.

“Mungkin kita akan bawa perenang lebih muda dalam usia belasan tahun untuk mewakili negara sekali gus memberi peluang kepada mereka untuk menimba pengalaman di pentas antarabangsa,” katanya.

Kem renang negara hanya berupaya membawa pulang satu pingat emas daripada keseluruhan 40 yang ditawarkan pada Sukan SEA Vietnam 2021 yang berlangsung di Pusat Akuatik My Dinh.

Emas tunggal itu hadir menerusi kejayaan pereang muda berusia 20 tahun dari Kuala Lumpur, Khiew Hoe Yean dalam acara 200 meter (m) gaya bebas lelaki.

Hoe Yean bakal menjadi sandaran utama Malaysia berdasarkan pencapaiannya memegang lima rekod kebangsaan ketika ini iaitu 400m gaya bebas, 800m gaya bebas, 200m kuak dada, 400m medley dan 4x200m gaya bebas.

Skuad renang negara turut membawa pulang empat perak dan dua gangsa pada Sukan SEA Vietnam 2021, manakala Singapura muncul juara keseluruhan acara itu dengan 21 emas, 11 perak dan 12 gangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI