fbpx

Pengundi muda pilih calon bijak, berwibawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG muda mementingkan kestabilan serta kesejahteraan negara selain mahu wakil rakyat yang dapat membawa suara mereka di Dewan Rakyat. – GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Calon yang dipilih perlulah mempunyai ke­tegasan dalam memimpin, boleh membawa suara rakyat di Parlimen dan mampu membawa ke­stabilan politik kepada negara.

Begitu permintaan yang di­suarakan oleh golongan pengundi muda ketika ditanya mengenai ciri calon pilihan mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Bagi Nuruddin Mohd. Rizalman, 20, berkata, ini merupakan pilihan raya pertamanya dan tidak mahu tersalah memilih calon sehingga menyebabkan kesan teruk kepada rakyat selepas ini.

Jelasnya, kestabilan serta ke­sejahteraan politik dan negara perlu menjadi keutamaan dan diperkasakan tidak kira kerajaan mana yang bakal memerintah negara selepas ini.

Katanya, dalam tempoh selama empat tahun sejak Pilihan Raya Umum ke-14, negara telah mengalami keadaan yang mana kerajaan dilihat ‘flip-flop’ dan menyebabkan keadaan ekonomi menjadi tidak stabil.

“Dalam tempoh empat tahun, kerajaan kita sudah beberapa kali bertukar. Perdana Menteri sampai tiga orang dalam tempoh itu, sehingga kerajaan kita jadi tidak stabil.

“Pelabur luar terutamanya tidak akan berminat kalau kea­daan seperti ini terus berlaku. Di mana peluang kerja bagi kami golongan muda kalau kea­daan seperti ini terus berlaku?” soal mahasiswa dari Universiti Teknologi Mara ini kepada ­Kosmo! semalam.

Sementara itu, Mohd. Haikal Nadzim Ramly, 24, berkata, calon yang dipilih perlulah seorang yang berpendidikan tinggi serta mempunyai visi tepat sebagai wakil rakyat yang bakal membawa suara rakyat ke Dewan Rakyat selepas ini.

“Contoh kita orang biasa ini hanya lepasan SPM, tak mungkin kita nak pilih wakil rakyat yang sama taraf dengan kita.

“Kita mahukan wakil dari kawasan kita yang boleh bercakap, pandai mengurus ekonomi serta ‘kemas’ dalam selok-belok politik sehingga mampu wujudkan keadaan ekonomi yang stabil untuk negara dan rakyat,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI