fbpx

Neelofa elak muncul dengan artis lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEELOFA akan membuat pertimbangan untuk tampil bersama tetamu lelaki dalam program sekiranya terdapat jemputan lain.

KUALA LUMPUR – Selebriti dan usahawan sensasi, Neelofa mengakui memilih mengelak tampil bergandingan dengan artis lelaki dalam mana-mana program televisyen selepas bergelar isteri.

Katanya, pendekatan yang diambil sebaik nekad kembali aktif dalam dunia pengacaraan itu adalah atas kemahuan sendiri, bukan syarat ditetapkan suami, Pencetus Ummah (PU) Riz atau Muhammad Haris Ismail.

“Ini semua adalah kehendak saya sendiri. Secara logiknya apabila di depan televisyen, penonton hanya nampak saya (berada) di sebelah seorang lelaki.

“Tidak manis dan tidak sesuai, kiranya tak eloklah untuk sesiapa saja yang berstatuskan isteri,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran program Next To Neelofa musim dua baru-baru ini.

Kongsi usahawan berusia 33 tahun itu, bukan kata-kata netizen yang menjadi kerisauan, sebaliknya paling diutamakan adalah menjaga maruah suami.

“Apa yang saya lakukan sekarang lebih kepada tanggungjawab sebagai isteri selain mengutamakan maruah suami.

“Saya tidak fikirkan pasal netizen sebab baik atau buruk pun orang tetap akan perkatakan.

“Hakikatnya dengan tenang hati saya lakukan perkara sebegini sebab itu benda yang baik.

“Tidak perlu pun jadikan sebagai syarat. Mana-mana wanita bergelar isteri akan berfikir perkara sama,” ulasnya.

Pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd. Noor itu hanya mengundang tetamu wanita dalam rancangan bual bicara kendaliannya yang menjurus tentang perkongsian hati ke hati.

Antara tetamu dalam program yang bersiaran menerusi saluran Astro Ria bermula 22 Oktober tersebut adalah Ziana Zain, Diana Amir, Datin Lisa Surihani, Tya Ariffin serta ibunya sendiri, Datin Kartini.

Begitupun katanya, dia masih boleh memberi pertimbangan untuk bekerjasama dengan selebriti lelaki andai ditemani jemputan lain dalam program akan datang.

“Kalau ada tetamu lelaki, mungkin bukan kami berdua (tetapi) ditemani beberapa orang lagi.

“Lebih seorang, ada perempuan dan lelaki. Itu saya okey.

“Saya ambil kira apa yang dipaparkan dan dipertontonkan,” kata Neelofa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI