fbpx

Memandu mabuk, Shin Hye-sung mengaku salah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHIN HYE-SUNG

AHLI kumpulan Shinhwa, Shin Hye-sung mengaku salah atas kecuaiannya memandu bawah pengaruh alkohol.

Pada masa sama, ketika kejadian dia memandu kereta yang dicuri.

Perkara tersebut disahkan oleh Polis Seoul Songpa selepas menerima panggilan terdapat sebuah kereta berhenti di atas jalan raya.

“Penyanyi itu dilaporkan menolak untuk melakukan ujian pernafasan ketika kami menemuinya tidur di dalam kereta di tengah jalan raya,” jelas polis.

Berdasarkan maklumat yang ditemui, Hye-sung keluar bersama kenalannya dan mengambil minuman keras.

Dalam keadaan separuh sedar, Hye-sung mengambil keputusan memandu sendiri kereta pulang ke rumah.

Tanpa disedari, kunci kereta yang diberikan oleh penjaga tempat letak kenderaan valet adalah milik orang lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI