fbpx

Mayat nelayan dijumpai selepas 3 hari hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa yang ditemui hari ini telah disahkan oleh ahli keluarga selepas hilang tiga hari di laut Kampung Semera.

ASAJAYA – Selepas tiga hari operasi mencari dan menyelamat, mayat nelayan yang hilang semasa mencari hasil laut dijumpai terapung di laut Kampung Semera, di sini, pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak berkata, Pusat Kawalan Bomba (PKB) telah terima maklumat daripada seorang nelayan yang menjumpai satu mayat terapung di laut perairan Sampun pada pukul 6.35 pagi tadi.

Katanya, setelah melihat mayat itu terapung, nelayan tersebut telah membawanya naik ke pantai dan menghantar mayat itu ke PKB Pintu Air Kampung Semera.

“Mangsa telah disahkan oleh ahli keluarga dan pihak bomba telah menyerahkan mayat tersebut kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.

Operasi mencari dan menyelamat yang berjalan sejak tiga hari lepas telah tamat pada 7.50 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, mangsa seorang lelaki atau namanya Faddrul Razie Zaini, 30, statusnya yang hilang tiga hari lepas selepas jatuh ke laut semasa mencari hasil laut kini telah dijumpai.

Berdasarkan kronologi kejadian, Rabu lalu, mangsa adalah antara enam nelayan yang turun ke laut menaiki perahu bagi tujuan menangkap hasil laut yang jaraknya dua batu nautika daripada pantai.

Kejadian berlaku setelah dayung yang dipegang mangsa telah patah lalu jatuh ke laut, usaha rakan menyelamatkan mangsa gagal membawa kepada laporan bomba bagi menyelamatkan mangsa. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI