fbpx

Lelaki umpamakan sikap anak B40 seperti ‘chimpanzee’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang pengguna Facebook meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya dengan sikap segelintir golongan B40 yang dianggap mementingkan diri sendiri sehingga menimbulkan kemarahan orang lain.

Menerusi kumpulan Facebook, B40 Buat Perangai Apa Harini, lelaki tersebut memuat naik satu hantaran berkongsi dua kisah yang dilaluinya ketika berkunjung ke sebuah gedung perabot dan kelengkapan rumah di ibu negara baru-baru ini.

Katanya, dia kurang senang melihat kelakuan kanak-kanak yang didakwa daripada keluarga B40 sedang bergayut dan bermain di kawasan penghadang besi troli sehingga mengganggu pelanggan lain yang sedang beratur.

“Beratur nak ambil makanan, sekali bawa sekampung dengan anak-anak kecil beratur, biar anak-anak panjat dekat penghadang troli macam chimpanzee, akhirnya jatuh, aku pun kata ‘padan muka’, terus dia pergi dekat mak dia menangis sambil jeling aku.

“Yang si ayah pula lepak-lepak main telefon, si isteri sibuk pegang wang kertas RM50 beberapa keping dekat tangan macam dah nak bayar di kaunter, sabar la simpan dulu dalam beg, jauh lagi nak ambil makanan,” tulisnya.

Tambahnya lagi, kisah kedua yang menimbulkan kemarahannya adalah berkaitan situasi ‘berebut’ kerusi dengan pelanggan lain.

“Dah selesai bayar, saya pun pilih meja nak makan dengan keluarga, kebetulan ada meja bulat bahagian hujung.

“Masa nak duduk datang seorang lelaki tua ambil semua kerusi dari meja saya. Saya katalah saya nak guna meja ini, kenapa ambil kerusi?.

“Habis semua kerusi dia angkut ke meja yang dia duduk. Nak maki depan nanti jadi drama pula,” ujarnya.

Sehubungan itu, pengguna Facebook tersebut turut membuat kesimpulan bahawa sukar untuk mengubah sikap sebahagian besar golongan B40 yang degil dan mementingkan diri sendiri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI