fbpx

Jemaah umrah Malaysia rebah di Mekah akibat serangan radang paru-paru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jemaah Malaysia itu diberi rawatan dengan segera dan kini berada dalam keadaan stabil. - Saudi Gazette

MEKAH – Seorang jemaah umrah dari Malaysia berjaya diselamatkan oleh pasukan doktor selepas dikejarkan ke hospital akibat pneumonia kronik dan kegagalan pernafasan, lapor akhbar Saudi Gazette semalam.

Mangsa yang berusia 72 tahun rebah semasa melakukan  ibadah umrah dan dihantar ke Hospital Kecemasan Ajyad, dekat Masjidil Haram.

Jurucakap Kluster Kesihatan Mekah, Hatem Al-Masoudi berkata,  pasukan respons pantas dari hospital itu menangani kes tersebut dengan cepat apabila pesakit dipindahkan ke hospital dan memberikan pertolongan cemas dengan segera.

“Pesakit itu segera diletakkan pada ventilator (alat bantuan pernafasan) sehingga keadaannya menjadi stabil,” jelas Hatem. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI