fbpx

Demi anak, Lesti Kejora maafkan Rizky Billar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LESTI KEJORA sanggup memaafkan kesalahan Rizky Billar demi anak mereka yang masih kecil.

KEMELUT rumah tangga pasangan selebriti terkenal Indonesia Lesti Kejora dan Rizky Billar bakal menemukan titik noktah.

Memetik laporan CNN Indonesia, Lesti dalam satu temu bual bersama media di Balai Polis Jakarta Selatan, Jakarta hari ini memaklumkan dia menerima permohonan maaf daripada suaminya.

“Saya meaafkan dia. Dia sudah berjanji tidak akan mengulangi perkara tersebut.

“Rizky mengakui perbuatannya dan sudah meminta maaf kepada saya serta ahli keluarga lain termasuk ayah saya, Endang Mulyana. Mereka pun sudah memaafkannya,” katanya

Ditanya tentang alasan dia menarik semula laporan polis terhadap suami, pelantun lagu Sekali Seumur Hidup itu memberitahu semuanya kerana anak mereka,
Muhammad Leslar Al-Fatih Billar yang kini berusia sembilan bulan.

“Alasannya kerana anak. Walauapapun, dia merupakan bapa kepada anak kami,” katanya lagi.

Difahamkan, itu merupakan pertemuan pertama Lesti dengan pihak media selepas hampir dua minggu kisah keganasan rumah tangganya hangat diperkatakan umum.

Semalam, penyanyi dangdut itu membuat kejutan dengan muncul di balai polis selepas Rizky ditetapkan sebagai tertuduh dan ditahan selama 20 hari bagi membantu siasatan.

“Isteri saya datang untuk tarik balik laporan” ujar Rizky kepada media ketika diiring ke ruang tahanan.

Sementara itu, jurucakap polis Endra Zulpa mengesahkan kehadiran penyanyi itu bukan sahaja untuk bertemu suaminya malah ingin menarik balik laporan polis yang dibuat sebelum ini.

Pada 28 September lalu, industri hiburan Indonesia digemparkan apabila Lesti membuat laporan polis dengan mendakwa dipukul suaminya sekitar pukul 1.51 pagi Waktu Indonesia Barat (WIB) di kediaman mereka, Cilandak, Jakarta Selatan.

Dalam laporan tersebut, dia mendakwa suaminya berlaku curang sehingga berlaku pergaduhan dan pergelutan antara mereka.

Rizky didakwa bertindak agresif dengan memukul, mencekik dan menghempas isterinya sehingga terjatuh ke lantai.

Untuk rekod, pasangan popular itu mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021 dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI