fbpx

Caprice berang aurat isteri dipetik, gesa PU Syed mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyanyi rap, Caprice (kiri) menggesa pendakwah bebas, PU Syed membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam kerana 'memetik' aurat isterinya berhubung satu isu.

PETALING JAYA – Penyanyi rap sensasi, Caprice naik berang apabila aurat isterinya dipetik pendakwah bebas, PU Syed.

Berasakan tindakan tersebut satu perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang PU, Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 34, juga memberi tempoh selama 24 jam terhadap pendakwah itu untuk melakukan permohonan maaf secara terbuka.

“Saya bagi hang (PU Syed) 24 jam untuk buat permohonan maaf secara terbuka sebab tiba-tiba nak kaitkan bini saya.

“Apa kaitan? Kenapa tiba-tiba nak petik? Jangan sampai Cap (saya) bongkar rahsia PU pula di sini. Tiada kaitan, jangan start (mulakan).

“Kalau tak, kita pun boleh start. Don’t mess with my family (Jangan cari pasal dengan keluarga saya),” getusnya menerusi satu entri dalam Instastory.

Caprice yang cukup dikenali menerusi lagu Lenglui juga berkongsi tangkap layar kiriman WhatsAppnya terhadap PU Syed meminta penjelasan tentang perkara tersebut.

Terdahulu, PU Syed atau nama sebenarnya, Syed Mohd. Bakri Syed Ishak memuat naik status dalam Instagram menjawab soalan seorang netizen mengapa dirinya tidak bersuara atau hanya berdiam diri apabila rakan ‘sealirannya’ yang didakwa berhubung jenayah seksual.

“Demi Allah kami hanya tahu kebaikan beliau dan selebihnya itu kami tidaklah tahu-menahu.

“Kes sedang berjalan, biarkanlah mahkamah yg menentukan salah atau tidak tertuduh,” coretnya panjang lebar.

Dalam coretan tersebut, PU Syed turut menyentuh tentang Caprice agar terlebih dahulu menjaga aurat isterinya sebelum berkobar-kobar membongkar kes yang sedang hangat diperkatakan ramai.

“Bahkan sekarang Caprice juga semakin rancak buat siasatan sendiri dengan mengatakan ada mangsa yangg mengadu sendiri kepadanya.

“Untuk selingan, buat Caprice urus aurat isteri dahulu, baru layak jadi Tiger Of Al-Quds!,” katanya – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI