fbpx

BTS dikecualikan latihan ketenteraan wajib?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BTS

KUMPULAN BTS masih menunggu keputusan sama ada diberikan pengecualian daripada meneruskan kewajipan menyertai latihan ketenteraan.

Pesuruhjaya Pentadbiran Tenaga Tentera Korea Selatan, Lee Ki-sik menjelaskan bahawa undang-undang khas telah dibuat bagi menjawab pertanyaan berkaitan isu tersebut.

“Undang-undang khas telah dibuat untuk memastikan keadilan dalam negara yang wajib dipenuhi dengan menyertai perkhidmatan ketenteraan,” katanya.

Sementara itu Menteri Pertahanan, Lee Jong-sup sudah mengadakan perbincangan dalam mesyuarat jawatankuasa parlimen mengenai kebanyakan komen tentang isu BTS.

“Menteri Kebudayaan, Park Bo-gyoon sebagai seorang menteri yang berdedikasi akan meneliti setiap sisi dan membuat keputusan seadil-adilnya terhadap perkara ini,” jelas Jong-sup.

Di bawah undang-undang Korea Selatan, kemampuan fizikal lelaki muda boleh menyertai perkhidmatan tentera wajib selama 18 sehingga 21 bulan.

Tetapi undang-undang memberikan pengecualian istimewa buat para atlet, ahli muzik klasikal dan tradisional, balet dan penari lain yang telah memenangi anugerah tertinggi dalam beberapa pertandingan untuk mempertingkatkan prestij kebangsaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI