fbpx

Bising punca empat lelaki bergaduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG – Gara-gara bergaduh di kawasan parkir kenderaan, empat lelaki warga tempatan diberkas polis dalam kejadian di Jalan Seri Merdeka 1, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kesemua suspek berusia 26 hingga 54 tahun itu diberkas menerusi serbuan berasingan sekitar lokasi kejadian.

“Hasil siasatan mendapati kempat-empat suspek dalam keadaan mabuk dan pergaduhan terjadi kerana salah seorang daripada suspek meminta tiga rakan lain untuk tidak terlalu bising,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, pihak polis mengesahkan tiada sebarang kecederaan fizikal dilaporkan rentetan pergaduhan pada malam tersebut.

“Kita rampas satu pistol gam panas digunakan salah seorang suspek ketika pergaduhan dan satu helmet biru serta motosikal jenis Yamaha Lagenda 115.

“Menurut semakan polis, kesemua suspek mempunyai rekod lampau kesalahan jenayah namun, hasil saringan air kencing mendapati kesemua suspek negatif dadah,” ujarnya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek direman sehingga esok. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI