fbpx

Bergaduh sebab tidak berpuas hati cara pemanduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kes gaduh yang tular di tepi jalan Usahawan Setapak, di sini, kelmarin.

KUALA LUMPUR – Tidak berpuas hati dengan cara pemanduan masing-masing adalah punca kekecohan dan pertengkaran sekumpulan individu di tepi Jalan Usahawan 6, Setapak, di sini, kelmarin.

Perkara itu disedari pihak polis selepas terkesan sebuah video berdurasi 41 saat yang dimuat naik pemilik Twitter, @NanManjoi8715 pada pukul 10.55 pagi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashaari Abu Samah berkata, semakan pihak polis mendapati kejadian berlaku pada 12 Oktober lalu di Jalan Usahawan 6, Setapak.

Katanya, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju telah menerima laporan yang dibuat oleh kedua-dua belah pihak pada hari kejadian.

“Kejadian ini berpunca akibat perselisihan faham kerana tidak berpuas hati dengan cara pemanduan masing-masing.

“Sehubungan itu, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana gaduh gempar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, pihak polis menasihati orang ramai agar sentiasa mengawal emosi serta sentiasa bersabar jika berlaku perselisihan faham di jalan raya untuk mengelakkan berlakunya perkara yang menyalahi undang-undang.

“Orang awam yang mempunyai maklumat dalam kejadian ini boleh menyalurkannya ke IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai Polis berhampiran,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI