fbpx

Amirudin akui tidak minta Sultan Selangor bubar DUN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (tiga kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima pada program itu.

SABAK BERNAM – Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari mengakui tidak membuat permintaan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kerana ingin meneruskan pentadbiran dan menjamin kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata, kerajaan negeri setakat ini akan meneruskan mandat sedia ada dan tidak membubarkan DUN serentak dengan kerajaan Persekutuan.

Kata Amirudin, kenyataan Istana Selangor mengenai perkara itu dibuat bertujuan menjelaskan keadaan sebenar supaya tidak timbul seolah-olah Sultan Sharafuddin cuba mengambil pendirian tertentu di luar kerangka perlembagaan.

“Dalam perlembagaan undang-undang tubuh kerajaan negeri, jika Menteri Besar tawar pembubaran DUN, maka baginda akan mengambil kira sama ada perkenan atau tidak.

“Apabila tidak menawarkan pembubaran, baginda bagaimanapun masih boleh memberi nasihat kepada kerajaan negeri,” katanya selepas menyerahkan Surat Kelulusan Hak Milik Tanah Borang 5A Parit 8 1/2 Barat Mukim Sabak di Masjid Jamek Sultan Hishamudin di sini, hari ini.

Jelas Amirudin, beliau mempertahankan kenyataannya selaras dengan Istana Selangor mengenai komitmen kerajaan negeri tidak membubarkan DUN Selangor bagi meneruskan pentadbiran dan menjamin kesejahteraan rakyat.

“Keputusan itu sudah dimaklumkan kepada Sultan Sharafuddin dan baginda tidak menyatakan sebarang bantahan. Perbincangan mengenai bubar dilakukan berulang kali dan berkala atas nasihat semua pihak termasuk Sultan Selangor,” ujarnya.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI