fbpx

Tubuh ‘keding’ Jung Ho-yeon jadi perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUNG HO-YEON

RASANYA ramai sedia maklum bahawa Jung Ho-yeon merupakan seorang model antarabangsa yang kini semakin dikenali sebagai pelakon drama dan filem.

Terbaharu, wanita itu ada berkongsi beberapa foto dan video sebuah pertunjukan fesyen yang kembali disertainya dalam Instagram.

Menerusi komen-komen peminat, mereka berbangga apabila idolanya itu membuat semula kemunculan di pentas peragaan setelah sekian lama sibuk dengan penggambaran.

Rata-rata menyifatkan ‘darah model’ yang mengalir dalam diri wanita itu masih deras mengalir sebagai seorang peragawati.

Pun begitu, terdapat juga beberapa komen berbaur kegusaran daripada peminat apabila melihat idola mereka itu semakin kurus dan seakan-akan tidak bermaya.

“Kenapa makin kurus ni sampai nampak tulang rusuk. Awak sihat atau tidak. Pihak pengurusan tolong ambil perhatian mengenai ini,” komen mereka spontan.

Terdahulu, nama Ho-yeon meroket selepas membintangi siri fenomena, Squid Game terbitan Netflix.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI