fbpx

Tidak serik menyanyi, Aliff Syukri keluar lagu baharu tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aliff Syukri bercakap kepada pemberita ketika ditemui selepas hadir ke Mahkamah Sepang, di sini bagi pendakwaan empat pertuduhan kerana memuat naik kandungan sumbang. - Foto FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR

SEPANG – Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman mengakui tidak serik untuk menyanyi lagi biarpun pernah terpalit beberapa isu sebelum ini.

Menurutnya, beliau kini sedang merakam dan menyiapkan sebuah lagu baharu yang dijangka dapat dikeluarkan tahun hadapan.

“Doakan lagu baharu saya keluar tahun depan ya, doakan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas hadir ke Mahkamah Sepang, di sini bagi pendakwaan empat pertuduhan kerana memuat naik kandungan sumbang.

Ditanya sama ada beliau sudah serik untuk kembali menyanyi, Aliff Syukri berkata, beliau menyifatkan bidang nyanyian itu hanya sekadar hobi sahaja.

“Macam saya kata, saya buat ini sebagai hobi sahaja dan saya tidak sangka benda (kontroversi) ini sampai tahap ini dan biarlah benda ini berlaku dengan bagusnya.

“Lagu ini macam saya katalah, hiburan semata-mata. Itu sahaja. Saya tak mahu kata apa-apa lagi sebab masih dalam kes lagi.

Mengulas mengenai empat pendakwaan yang dihadapinya di mahkamah hari ini, Aliff Syukri berkata, beliau mahu semua pihak mendoakannya dan berharap mahkamah dapat mengadilinya sebaik mungkin.

“Saya menyerahkan sepenuhnya kes ini kepada dua peguam bela saya untuk membantu dalam kes ini.

“Saya juga berharap rakyat Malaysia janganlah mengadili saya yang bukan-bukan sebab kes ini hanya saman jabatan sahaja. Biarlah hakim buat kerjanya,” katanya

Sebelum ini, muzik video bertajuk ‘Kelepok Raya’ nyanyian Aliff Syukri mencetuskan kontoversi apabila memaparkan sekumpulan lelaki bersolek dan berperwatakan lembut sekali gus menimbulkan reaksi tidak senang masyarakat.

Malah, Aliff Syukri dipanggil turut dipanggil memberi keterangan di Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) di Cyberjaya bagi membantu siasatan berhubung satu klip video muzik sempena Aldilfitri.

Hari ini, Aliff Syukri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sepang di sini, atas empat pertuduhan kerana memuat naik kandungan bersifat sumbang pada April lalu.

Mahkamah kemudian menetapkan wang jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan selain menetapkan 25 November ini untuk sebutan semula kes.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI