PETALING JAYA – Ibarat rezeki terpijak, itu nasib dialami seorang lelaki apabila mendapati tali jam yang dibeli di sebuah pasar karat rupanya bernilai tinggi.
Ini kerana tali jam terpakai itu didakwa diperbuat daripada emas 999 dan beratnya mencecah lebih 28.6 gram.
Menerusi perkongsian di laman Facebook, lelaki itu mendakwa, emas yang terdapat pada tali jam itu adalah tulen selepas menjalani beberapa ujian.
“Rezeki terpijak beli tali jam dekat pasar karat test (uji) dekat rumah rupanya emas 999.
“Mula-mula timbang 41.44 gram lepas buang besi pendakap dapat 28.6 gram. Lepas test acid (ujian asid) 24.91gram emas 999 balance 3.7gram, Alhamdullilah, ” tulisnya di laman Facebook.
Pada hantaran sama, lelaki berkenaan turut berkongsi beberapa keping gambar yang menunjukkan tali jam serta ujian ketulenan emas yang telah dilakukan bagi membuktikan emas itu tulen.
Bagaimanapun lelaki tersebut tidak menyatakan lokasi pasar karat tersebut dan tarikh dia membeli tali jam itu.
Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna teruja dengan rezeki yang diperolehi lelaki tersebut dan masing-masing ingin mencuba nasib sama di pasar karat.
“Macam menang ‘jackpot’ kalau dapat emas macam ni, lepas ini bolehlah rajin-rajin turun pasar karat, mana tahu dapat rezeki terpijak juga, “kata Amir Kasdi.
Bagaimanapun ada juga pengguna turut menyoalkan kesasihan emas yang terdapat pada tali jam itu seperti komen dari pengguna yang dikenali sebagai Mohd Sani Soid.
“Mana ada emas 999 org buat tali jam, tapi kalau betul, memamg ‘rare’ la,” tulisnya.-KOSMO! ONLINE