fbpx

Suami isteri bunuh, makan anggota badan dua wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BHAGAVAL Singh dan isterinya ditahan kerana membunuh. – News18

NEW DELHI – Sepasang suami isteri di India ditahan kerana membunuh dua wanita sebelum memakan daging mereka, lapor akhbar The Sun semalam. 

Bhagaval dan Laila Singh didakwa mengerat badan mangsa sebelum memasak anggota badan mereka sebagai sebahagian daripada ritual untuk ‘kekal awet muda’.

Pasangan dari negeri Kerala itu bersama seorang lelaki bernama Rasheed atau Muhammad Shafi yang mendalangi pembunuhan itu  telah ditangkap.

Menurut polis, ketiga-tiga mereka ‘mengorbankan’ dua wanita berusia 50-an dengan alasan ‘amalan khurafat dan ilmu hitam’.

Pasangan itu turut melakukan jenayah tersebut untuk memulihkan keadaan kewangan mereka.

Mangsa pertama hilang pada Jun lalu, manakala seorang lagi pada September lepas. Polis menemui cebisan mayat mangsa di rumah pasangan itu minggu ini.

Shafi didakwa memberitahu pasangan itu bahawa amalan memakan mayat yang dimasak akan membantu mengekalkan keremajaan, lapor saluran televisyen news18.

“Kami telah menemui semua bahagian mayat dua wanita yang dibunuh. Anggota mayat mereka ditanam di dalam tiga buah lubang.

“Tertuduh utama, Shafi menggunakan Facebook untuk mencari orang yang mempunyai masalah kewangan. Dia mendapati Bhagaval dan Laila berminat dengan pengorbanan manusia,” kata Pesuruhjaya Polis Bandar Kochi, CH Nagaraju.

Menurut polis, Shafi diikat jamin selepas dituduh merogol seorang wanita berusia 75 tahun ketika pembunuhan itu dilakukan.

Ketiga-tiga mereka ditahan sehingga 26 Oktober ini dan akan dihadapkan ke mahkamah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI