fbpx

SPRM Sabah tahan wanita cuba rasuah pegawai PGA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA KINABALU – Seorang wanita ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah pada Selasa selepas dipercayai cuba menyogok pegawai Pasukan Gerakan Am (PGA).

Difahamkan, tindakan berkenaan sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya yang cuba menyeludup keluar barangan kawalan ke negara jiran Filipina.

Menurut sumber, wanita berusia lingkungan 50-an itu ditahan di Pejabat SPRM, cawangan Tawau kira-kira pukul 5.40 petang ketika hadir memberi keterangan.

Katanya, suspek warga tempatan itu dipercayai memberi rasuah sebanyak RM800 kepada pegawai PGA yang sedang bertugas di Pulau Mataking.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

Katanya, penahanan suspek bagi membantu siasatan lanjut yang dijalankan mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

“Tiada permohonan reman dibuat dan suspek dilepaskan dengan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin pada hari yang sama,” katanya.

Karunanithy berkata, tangkapan itu adalah hasil kerjasama pihaknya dengan PGA dalam usaha membanteras rasuah di kawasan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI