fbpx

Pengurus syarikat didenda RM4,500 sembelih babi di lokasi tidak sah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seorang pengurus sebuah syarikat didenda sebanyak RM4,500 selepas didapati bersalah menyembelih babi di lokasi yang tidak dibenarkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang, Ogos lalu.

Majistret Savinder Singh menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, Tan Chun Siang, 42, mengaku melakukan perbuatan itu ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret (Munisipal) Seberang Perai, di sini hari ini.

Pada masa sama, Savinder turut mengarahkan supaya dua bilah pisau serta tiga set penyangkut daging yang dipercayai digunakan untuk aktiviti itu dilupuskan kepada jabatan berkenaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati telah menjalankan aktiviti penyembelihan babi bukan di rumah penyembelihan yang diluluskan atau dilesenkan oleh JPV Pulau Pinang iaitu di sebuah premis perniagaan di Jalan Bagan Lalang, Butterworth, kira-kira pukul 12.50 pagi pada 28 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa melanggar peruntukan di bawah Kaedah 5(1) iaitu Kaedah-Kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan 2009) Akta Binatang 1953 [Akta 647] yang jika sabit kesalahan, boleh didenda sehingga tidak melebihi RM10,000.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa dari JPV Pulau Pinang, Roziman Awang Tahrin manakala tertuduh hadir tanpa diwakili peguam.

Tertuduh bagaimanapun membayar denda tersebut bagi mengelak daripada dikenakan hukuman penjara selama dua bulan jika gagal berbuat demikian.

Difahamkan, ini kes ketiga yang berjaya dikesan oleh JPV negeri sejak peraturan berkaitan tempat sembelihan haiwan itu dikuatkuasakan mulai Mei tahun ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI