fbpx

Pemandu e-hailing dituduh bunuh kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh, Chan Wen Jie (kiri) ) dihadapkan ke mahkmah atas pertuduhan membunuh kanak-kanak lelaki berumur 4 tahun pada 2 Oktober lalu.-Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Seorang pemandu e-hailing dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, awal bulan ini.

Tertuduh, Chan Wen Jie, 28, mengangguk faham pertuduhan yang dibacakan jurubahasa dalam bahasa Mandarin di hadapan majistret R. Salini.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh telah membunuh Lee See Jie di antara pukul 8 hingga 8.30 malam di sebuah rumah di Jalan Ria 2, Taman Skudai Ria, Skudai, di sini pada 2 Oktober lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aina Syakira Muhammad Syafiq Sim manakala tertuduh diwakili peguam K. Veeranesh Babu.

Mahkamah menetapkan 17 November depan sebagai sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan kimia dan bedah siasat.

Akhbar sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak maut disyaki didera rakan bapa dan pembantu rumah warga asing dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Skudai, pada 2 Oktober lalu.

Bapa mangsa yang bekerja di Singapura dan ibunya bekerja di Batu Pahat meminta bantuan suspek lelaki untuk menjaga dua anak mereka termasuk mangsa sejak tiga bulan lalu.

Sementara itu, di mahkamah sama, seorang pembantu rumah warga Indonesia yang turut ditahan dalam kes itu dipenjara enam bulan selepas mengaku bersalah kerana memasuki negara ini tanpa memiliki dokumen yang sah.

Yuliana, 40, didakwa melakukan perbuatan itu di lokasi sama pukul 10.15 pagi 3 Oktober lalu dituduh dibawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Mahkamah memerintahkan wanita itu menjalani hukuman penjara enam bulan bermula dari tarikh tangkapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI