fbpx

Messi ambil alih kedudukan Mokhtar Dahari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mokhtar (kiri) dan Messi (kanan).

PETALING JAYA – Kedudukan ranking penjaring gol untuk pasukan negara terbanyak di dunia yang diperolehi oleh lagenda bola sepak kebangsaan, Allahyarham Mokhtar Dahari kini diambil alih oleh pemain terkenal Argentina, Lionel Messi.

Sebelum ini, kedudukan Mokhtar atau lebih dikenali Super Mokh berada dikedudukan ketiga dengan jumlah jaringan peringkat antarabangsa sebanyak 89 gol.

Kedudukan terkini menyaksikan Messi yang kini bermain bersama kelab PSG telah memotong jumlah jaringan bekas pemain Selangor itu iaitu sebanyak 90 gol.

Tempat pertama dihuni oleh pemain prolifik dari Portugal, Cristiano Ronaldo dengan 117 jumlah jaringan manakala di tempat kedua adalah pemain lagenda Iran, Ali Daei dengan jumlah 109 gol.

 

Kedudukan terkini penjaring gol terbanyak dunia bagi pasukan negara.

Dijangkakan dua pemain antarabangsa itu akan terus menghasilkan gol terutamanya ketika kejohanan Piala Dunia 2022 kerana mereka berdua masih aktif di lapangan bola sepak.

Sebelum ini, kedudukan ketiga yang dihuni Super Mokh itu bertahan hampir 40 tahun ketika pemain itu aktif sekitar 1972 hingga 1985.

Allahyarham Mokhtar Dahari meninggal dunia pada Julai 1991 akibat masalah penyakit Neuron Motor (MND).

Ketika zaman kegemilangan beliau, Mokhtar yang menyarung jersi pasukan Selangor itu pernah menghasilkan 177 gol dalam 375 penampilan.

Beliau juga pernah bermain bersama lagenda Argentina, Diego Maradona ketika perlawanan antara Selangor dan kelab Boca Juniors. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI