fbpx

Mayat reput dalam semak, dipercayai orang hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penemuan mayat hampir reput di persimpangan lampu isyarat Jalan Tambun, Ipoh.

TELUK INTAN – Mayat seorang wanita yang ditemukan hampir reput di kawasan semak berhampiran lampu isyarat Jalan Besar Tambun di Ipoh semalam, merupakan individu yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.

Laporan kehilangan wanita berusia 23 tahun itu dibuat bapanya di Balai Polis Jelapang pada pukul 11.20 malam.

Difahamkan, kali terakhir wanita terbabit dilihat pada pukul 4.30 petang Jumaat lalu ketika dia mahu keluar bekerja di sebuah kilang di Jelapang.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, maklumat itu diperoleh selepas membuat semakan rekod orang hilang yang dilaporkan kepada polis.

“Kita telah memeriksa rekod orang hilang dan mendapati terdapat satu kes di Ipoh (dipercayai membabitkan mangsa sama),” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Taman Angkat Skuad Aman Wanita (Amanita) Kontinjen Perak di Taman Pelangi, Langkap di sini hari ini.

Taman Pelangi merupakan taman angkat Amanita kelapan di Perak Selepas Taman Sungai Rokam, Ipoh; Taman Wah Loon, Kampar; Taman Baru Jalong, Sungai Siput; Taman Fasa 2, Seri Manjung; Taman Gemilang, Seri Iskandar; Taman Chandan Puteri, Kuala Kangsar dan Taman Rakyat Kamunting, Taiping.

Seramai 1,320 pegawai dan anggota polis Kontinjen Perak terlibat dalam unit berkenaan membabitkan 186 pegawai kanan polis dan 1,134 anggota.

Menurut beliau, berdasarkan hasil bedah siasat, mangsa dipercayai meninggal dunia sejak beberapa hari lalu berikutan keadaan mayatnya yang mulai reput.

Katanya, siasatan sedang dijalankan bagi mengetahui sama ada mangsa dibunuh di kawasan lain atau sebaliknya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI