fbpx

Lelaki mengaku raba anak jiran dipenjara empat tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh diiringi anggota polis selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka, hari ini.

MELAKA – Perbuatan keji seorang lelaki meraba anak jirannya berusia 12 tahun berbalas apabila dijatuhi hukuman penjara selama empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Hakim Mohd. Sabri Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh yang berusia 48 tahun selepas dia membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didapati telah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 11 malam di sebuah rumah di Tangga Batu dalam daerah Melaka Tengah pada 2 Oktober lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam hanya merayu agar hukumannya diringankan, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim memohon hukuman berat diiberikan dengan mengambil kira faktor usia mangsa.

Selepas mendengar hujah kedua belah pihak, mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara empat tahun daripada tarikh ditangkap iaitu 9 Oktober lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI