fbpx

Hiba bayi baru dua hari dilahirkan meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Hakimah tabah memangku jenazah bayinya, Ainul Syahidah berusia dua hari yang meninggal dunia di Hospital Kemaman pada Isnin lalu.

KEMAMAN – Sepasang suami isteri yang empat tahun menunggu kehadiran cahaya mata kedua diuji apabila bayi perempuan mereka meninggal dunia pada Isnin lalu iaitu dua hari selepas dilahirkan.

Nur Hakimah Rais Ahmad, 28, berkata, bayinya, Ainul Syahidah Syahmiezan yang dilahirkan pada Sabtu lalu meninggal dunia disebabkan jangkitan kuman di paru-paru pada pukul 10.45 pagi.

Dia berkata, proses bersalin anak keduanya itu amat mudah di rumah mereka di Kampung Paya Berenjut di sini tanpa sempat ke hospital pada Sabtu lalu.

“Begitupun, bayi saya yang dilahirkan dengan berat 2.74 kilogram perlu menerima rawatan lanjut di hospital berikutan sejarah sindrom guillain-barre atau GBS yang saya hadapi sewaktu tempoh 33 minggu kehamilan.

“Sewaktu dihantar ke hospital, tahap kesihatannya (Ainul Syahidah) amat baik sebelum saya dihubungi pihak hospital memaklumkan sebaliknya pada pukul 3 pagi, Isnin lalu,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu status Nur Hakimah tentang kehilangan bayi baru dilahirnya itu yang dimuatnaik di akaun Facebook peribadi tular di media sosial sehingga mendapat simpati ramai netizen.

Nur Hakimah yang masih dalam pantang berkata, dia dan suaminya, Syahmiezan Sahrom, 29, bergegas ke Hospital Kemaman selepas dimaklumkan tahap kesihatan bayinya tiba-tiba merosot.

“Ainul Syahidah menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan saya. Saya tidak dapat melupakan detik ia menarik nafas panjang tiga kali sebelum meninggal dunia.

“Anak pertama saya lelaki dan tentulah kami teruja dikurnia anak perempuan pula namun sudah tersurat, dia dipinjamkan kepada kami cuma untuk dua hari,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI