fbpx

Harga roti putih sandwich Massimo masih kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roti putih sandwich Massimo menjadi pilihan rakyat kerana harga dan kualitinya yang terbaik.

PETALING JAYA – Harga Roti Putih Sandwic Massimo akan terus kekal susulan inisiatif The Italian Baker Sdn. Bhd. (The Italian Baker) untuk membantu mengurangkan tekanan inflasi yang dirasai seluruh rakyat.

 Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pengeluar rangkaian roti dan kek Massimo, harga Roti Putih Sandwic 400 gram (g) dan 600 g akan terus kekal pada harga RM2.80 dan RM4.00 masing-masing.

 Pengerusinya, Jeremy Goon berkata, roti khasnya roti putih telah menjadi makanan ruji pilihan rakyat di negara ini pada bila-bila masa dan tempat. 

“Sebagai sebuah syarikat yang prihatin, kami telah memutuskan untuk mengekalkan harga Roti Putih Sandwic popular kami kerana kami berpandangan roti putih seharusnya kekal berharga berpatutan dan boleh diperoleh oleh semua, khasnya ketika ekonomi mencabar. 

“Para pengguna akan dapat menikmati rasa Roti Putih Sandwic Massimo yang hebat dan kualitinya yang dipercayai pada harga mampu milik yang sama,” jelasnya.

 The Italian Baker mengakui bahawa tekanan inflasi global dan domestik memberi kesan kepada syarikat, seperti mana yang dialami oleh seluruh industri selain terbeban dengan kos logistik dan harga bahan mentah termasuk ramuan-ramuan merupakan faktor-faktor penyumbang utama.

 “Kami telah bertahan daripada meningkatkan harga produk kami selama mungkin dan akan mengekalkan harga Roti Putih Sandwic Massimo buat masa ini.

“Sungguhpun demikian, berkuatkuasa Sabtu ini (15 Oktober)  kesemua produk Massimo yang lain akan dinaikkan daripada 10 sen sehingga 60 sen dan pendekatan ini adalah seiring dengan jenama-jenama bakery lain,” katanya lagi. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI