fbpx

Haaland dihimpit keletihan – Guardiola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUARDIOLA membuat keputusan tidak menurunkan Haaland kerana penyerang itu dihimpit isu keletihan ketika City seri tanpa jaringan menentang Copenhagen awal pagi semalam. – AFP

COPENHAGEN – Pengendali Manchester City, Pep Guardiola mempertahankan keputusannya meletakkan Erling Haaland di bangku simpanan kerana penye­rang itu dihimpit isu keletihan.

Pada aksi keempat Kumpulan G Liga Juara-Juara awal pagi semalam, The Citizens yang terpaksa bermain dengan 10 orang, namun keputusan seri tanpa ja­ringan dengan Copenhagen sudah memadai untuk City layak ke pusingan 16 terbaik.

“Dia (Haaland) bermain penuh ketika menentang Southampton, jadi dia sekarang cukup keletihan. Sudah pasti dia tidak dapat sesi pemulihan secukupnya sejak beberapa hari lalu.

“Bagaimanapun, keadaannya bertambah baik, namun belum lagi sampai ke tahap sempurna. Jadi kami ambil keputusan untuk tidak mengambil sebarang risiko,” katanya.

Selepas begitu cemerlang dengan merekodkan 20 gol dalam 13 penampilan, Guardiola nyata memahami keadaan Haaland dan ini adalah kali pertama bintang dari Norway itu tidak sertai pasukan dalam aksi kompetitif sejak mula menyertai City.

Pada perlawanan semalam, Guardiola menurunkan Julian Alvarez sebagai pengganti, namun sumbangan pemain itu agak terhad selepas Sergio Gomez dilayangkan kad merah hingga memaksa City beraksi kurang pemain untuk tempoh satu jam.

Ketika ini, Man. City unggul di puncak kumpulan dengan 10 mata dan masih kekal tanpa kalah, tiga kali menang dan se

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI