fbpx

Gajah naik minyak serang penduduk melepak di tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAJAH itu menyerang sekumpulan penduduk di Malappuram, India. - Newslions

NEW DELHI – Seekor gajah liar menyerbu ke arah sekumpulan penduduk di India sebelum merempuh sebuah motosikal yang diletakkan di tepi jalan dalam kejadian kelmarin, lapor akhbar New York Post.

Berdasarkan rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV), penduduk bandar Malappuram sempat melarikan diri sebelum gajah itu menyerang mereka pada pukul 8.30 malam (waktu tempatan). 

Ketika kejadian, sebilangan penduduk dilihat berkumpul berhampiran beberapa buah motosikal di tepi sebatang jalan yang sunyi dan bercahaya malap.

Mereka kemudian ketakutan apabila mendengar bunyi kuat dari kawasan berhampiran. 

Rakaman seterusnya menunjukkan mereka bertempiaran lari dan mencari perlindungan di dalam bangunan.

Seekor gajah mengejar mereka dan melintas jalan sebelum menusuk sebuah motosikal menggunakan gadingnya.

Akhbar Malayalam Mathrubhumi melaporkan, renjer hutan dan penduduk tempatan kemudian membantu mengalihkan gajah itu ke habitat liar berhampiran kawasan hutan Malappuram. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI