fbpx

Elon Musk jual minyak wangi, cari wang beli Twitter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail 14 April lalu menunjukkan Elon Musk dan akaun Twitter beliau. - AFP

SAN FRANCISCO, California – Manusia terkaya di dunia, Elon Musk kini memiliki jenama minyak wangi sendiri di namakan Burnt Hair dan berkata bahawa nilai jualan wangian mencecah AS$1 juta (RM4.69 juta) dalam masa beberapa hari sahaja.

“Tolonglah  beli minyak wangi saya supaya saya dapat membeli Twitter,” katanya secara berjenaka di platform berkenaan semalam.

Musk dijangka menyelesaikan pengambilalihan Twitter berjumlah AS$44 billion (RM206.3 billion) menjelang akhir bulan ini. Sekiranya beliau gagal berbuat demikian, perbicaraan saman kerana melanggar kontrak pengambilalihan laman sosial berkenaan akan diadakan bulan depan.

Musk yang juga pengasas firma angkasa lepas SpaceX berkata malam semalam bahawa beliau telah menjual sebanyak 20,000 botol minyak wanginya.

Setiap botol minyak wangi tersebut dijual pada harga AS$100 (RM469). – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI