fbpx

Cuaca buruk di 4 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan seluruh Pulau Pinang mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga pukul 3 petang ini.

Bagi Kedah, cuaca buruk sama dijangka berlaku di Langkawi, Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala Perak di Kerian dan Larut, Matang dan Selama.

“Sementara itu di Pahang ribut petir dan hujan lebat diramal melanda daerah Kuantan, Pekan dan Rompin.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI