fbpx

Atlet terbaik perlu wakili Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAKIMI

PETALING JAYA – Pemegang rekod lompat kijang Asia Tenggara, Muhammad Hakimi Ismail berpendapat hanya atlet terbaik layak mewakili negara ke Sukan SEA Kemboja 2023 pada Mei tahun depan.

Hakimi, 31, mengakui, kriteria baharu ditetapkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) ke temasya dwitahunan di Phnom Penh itu secara tidak langsung mampu mewujudkan persaingan sihat antara atlet.

Biarpun memandangnya dari sudut positif tetapi pemegang rekod kebangsaan itu berharap peluang sama rata diberikan kepada atlet senior dan junior dalam memburu tempat ke Sukan SEA Kemboja 2023.

HAKIMI mencipta rekod kebangsaan dan Sukan SEA dengan catatan 16.77 meter ketika memenangi pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

“Syarat yang ditetapkan MOM sebenarnya ada juga kebaikan kerana akan adanya persaingan sihat antara atlet junior dan senior untuk mewakili negara.

“Atlet perlu berusaha lebih keras untuk melayakkan diri. Namun, perkara penting adalah prestasi terkini seseorang atlet itu.

“Jika ada atlet senior mencatatkan keputusan lebih bagus daripada junior tetapi tidak mencapai tiga terbaik di Asia Tenggara, ia satu kerugian jika tidak menghantar mereka mewakili negara,” katanya.

HAKIMI kini sudah kembali berlatih selepas pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang menyebabkan dia terlepas kebanyakan saingan tahun ini.

Jawatankuasa Pemilihan MOM baru-baru ini menambah beberapa elemen untuk memantapkan kontinjen Malaysia selain mengekalkan syarat pemilihan atlet-atlet berpandukan Kategori A dan Kategori B.

Kategori A menyaksikan atlet perlu menduduki sekurang-kurangnya tempat ketiga dakam ranking Asia Tenggara bagi acara individu dan keempat untuk berpasukan.

Bagi Kategori B, atlet-atlet perlu berada di kedudukan enam teratas Asia Tenggara untuk dipertimbangkan dan akan diberikan keutamaan kepada atlet muda berusia 23 tahun ke bawah.

HAKIMI (depan) pernah diberikan penghormatan sebagai pembawa Jalur Gemilang pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia.

Ia hanya berpandukan kepada keputusan mereka sewaktu Sukan Malaysia (Sukma) 2022 sebagai persiapan ke Sukan SEA 2025 di Bangkok, Thailand dan Sukan SEA 2007 di Malaysia.

Sebagai rekod, Sukan Sea Kemboja 2023 yang dijadualkan berlangsung pada 5 hingga 17 Mei tahun depan menyaksikan 37 jenis sukan bakal dipertandingan selain membabitkan 608 acara keseluruhan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI