fbpx

Arsenal bukan pilihan juara Liga Perdana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARTETA mengambil pendekatan merendah diri dengan melabel pasukannya bukan pilihan utama untuk menjuarai EPL musim ini. – AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta merendah diri apabila melabel pasukannya bukan pilihan utama untuk menjuarai saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

The Gunners ketika ini menikmati kempen menakjubkan apabila menerajui carta EPL dengan 24 mata selepas sembilan perlawanan, dua mata mengatasi juara bertahan, Manchester City.

Bagaimanapun, Arteta, 40, merasakan City masih kekal sebagai pilihan utama untuk menjuarai kempen musim ini berdasarkan kekuatan yang dimiliki skuad bimbingan Pep Guardiola itu.

“Mereka sangat kuat dan mempunyai ramai pemain yang hebat. Apa yang telah dilakukan oleh mereka dalam tempoh lima tahun ini sangat mengagumkan.

“Kami tidak pernah melakukannya lagi walaupun ketika ini kami berada pada landasan yang betul. Jadi masih terlalu awal untuk merumuskan kami adalah pilihan utama,” katanya.

Arsenal dijangka mampu merekodkan kemenangan kelapan EPL musim ini apabila berkunjung ke Elland Road menentang Leeds United pada Ahad ini.

Bagaimanapun, kelab dari Uta­ra London itu perlu menghadapi wakil Norway, FK Bodo/Glimt terlebih dahulu untuk aksi ketiga Kumpulan A Liga Europa di Stadium Aspmyra awal pagi esok.

Difahamkan, penyerang sensasi Arsenal, Gabriel Jesus tidak akan beraksi dalam perlawanan itu bagi membolehkan pasukan perubatan terus menilai kece­deraan kepala dialaminya.

Jesus tetap meneruskan per­lawanan walaupun mengalami kecederaan itu selepas disiku bek kiri Liverpool, Konstantinos Tsimikas dalam kemenangan 3-2 ke atas The Reds di Stadium Emirates minggu lalu.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI