fbpx

Aksi mesra monyet tunggang rusa curi perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Monyet dan rusa tersebut dilihat berkeliaran di kawasan belukar serta paip air. – SWNS

NEW DELHI – Aksi mesra seekor monyet dan rusa yang dirakam di India mencuri perhatian orang ramai apabila haiwan itu dilihat mempamerkan keakraban sebuah persahabatan, lapor akhbar Metro UK semalam.

Berdasarkan video yang tular itu, monyet berkenaan duduk di atas rusa sambil kedua-duanya ‘bersiar-siar’ di kawasan kampus kolej Institut Teknologi India Madras.

Kedua-dua haiwan itu dilihat berkeliaran di kawasan belukar serta paip air.

Tidak dapat dipastikan arah tuju dua ‘sahabat’ itu, namun kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Chennai, dalam negeri Tamil Nadu.

Umur kedua-dua haiwan itu juga tidak diketahui, namun saiznya kelihatan agak kecil.

Monyet dan rusa semenangnya diketahui sering menjadi kawanan sebelum ini. Kera liar Jepun contohnya, diketahui kerap menunggang rusa.

Majalah National Geographic pada 2019, melaporkan bahawa hubungan antara dua haiwan itu ada masanya berbentuk seksual. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI