fbpx

Sungai Kupang makin cetek, berisiko banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jalan di Kampung Masjid Iboi berhampiran Sungai Kupang yang kerap digenangi air akibat limpahan sungai tersebut yang cetek.

BALING – Penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Kupang di Kupang di sini meminta supaya kerja-kerja mendalamkan sungai dilakukan secara menyeluruh dan tidak hanya tertumpu di Kampung Iboi.

Penduduk Kampung Padang Empang, Zainul Salleh, 70, sejak tragedi kepala air dan banjir lumpur pada 4 Julai lalu, kerja-kerja mendalamkan sungai dilakukan di jajaran sungai di Kampung Iboi sahaja.

“Kerja-kerja mendalamkan sungai di situ memang giat dijalankan, namun saya bimbang kerana boleh dikatakan sepanjang jajaran sungai ini sudah cetek kerana mendapan pasir.

“Jadi, saya berharap agar kerja-kerja mendalamkan su­ngai dapat dilakukan dengan lebih cepat dan menyeluruh di kawasan lain juga,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini baru-baru ini.

Kerja-kerja mendalamkan sungai dengan mengeluarkan pasir dari Sungai Kupang giat dijalankan di tapak kuari pasir Kampung Iboi, Kupang, Baling.

Tambah Zainul, rata-rata penduduk bimbang sungai cetek itu tidak lagi dapat menampung jumlah air pada musim tengkujuh nanti.

“Penduduk masih trauma dan tidak sanggup lagi menanggung kerugian dan mengerah kudrat untuk mencuci rumah.

“Bagi saya, paling penting adalah nyawa, jadi kerajaan negeri perlu buat sesuatu bagi memastikan sungai ini dalam dan tidak melimpah pada musim hujan nanti,” ujarnya.

Bagi penduduk Kampung Masjid Iboi, Rozimi Ismail, 53, berkata, terdapat beberapa rumah yang sentiasa digenangi air selepas tragedi tersebut dan berharap kerja-kerja mendalamkan su­ngai dan membawa keluar pasir dapat dilakukan lebih cepat di sepanjang jajaran sungai terjejas.

Penduduk Kampung Iboi, Abdullah Ahmad, 66, berkata, pasir yang dikeluarkan dari sungai perlu dialihkan dengan segera bagi mengelak ia masuk semula ke dalam sungai sekiranya arus deras melanda.

“Sepanjang Sungai Kupang ini perlu didalamkan demi kepentingan seluruh penduduk di sini,” katanya.
Tambahnya, tapak operasi mendalamkan sungai dan membawa keluar pasir sungai di situ kini dijadikan kawasan kuari pasir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI