fbpx

Ribut petir di 4 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imej gema radar.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan empat buah negeri sehingga pukul 7 malam ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, amaran itu dikeluarkan susulan ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang yang dijangka melanda Kedah, Perak, Kelantan dan Sarawak.

“Di Kedah hujan lebat dijangka meliputi daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling manakala di Kelantan hanya melibatkan Tanah Merah dan Jeli.

“Sementara itu di Perak cuaca buruk sama berpotensi berlaku di kawasan Hulu Perak, Batang Padang dan Muallim,” katanya.

Selain itu di Sarawak pula hujan lebat dan ribut petir juga dijangka berlaku di Kuching, Serian, Samarahan dan Sri Aman.

Dalam perkembangan lain, MetMalaysia turut memaklumkan satu ujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) akan diadakan di Pulau Pinang esok (Khamis), sekitar pukul 9 pagi hingga 4 petang.

“Ujian tersebut akan diadakan di Masjid Jamek Ar-Rahman, Batu Ferringhi dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Teluk Bahang.

“Penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan suatu ujian sahaja. Sebarang pindaan akan dimaklumkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI