fbpx

Rakam Donghae depan mata, jurugambar dipuji tak gugup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Donghae yang berjaya ditangkap secara spontan oleh Nadd.

PETALING JAYA – Seorang jurugambar wanita menerima pujian ramai kerana tidak gugup ketika mengambil gambar seorang ahli kumpulan K-Pop Super Junior, Lee Donghae baru-baru ini.

Wanita dikenali NaddGhani itu berjaya merakam gambar Donghae pada jarak kurang 1 meter apabila penyanyi K-Pop itu datang berhampiran dengan pagar konsert tersebut.

Menerusi video yang dikongsi di laman Twitternya, Nadd dilihat tidak gugup dan secara spontan merakam gambar Donghae apabila datang tepat di hadapannya.

Setakat ini, hantaran tersebut telah meraih 1,651 ciap semula 3,549 tanda suka.

Susulan itu, rata-rata orang ramai kagum melihat wanita tersebut kekal tenang walaupun berada di hadapan penyanyi popular berkenaan.

“Akak punya jantung masih ada? Saya tengok video pun jantung macam nak lari dah,” ujar Nadh.

“Aku yang tengok video tu dah senyum-senyum, tapi photographer (jurugambar tenang)  sahaja,” kata Sue.

“Pengsan,” seloroh Seha.

Kumpulan K-Pop Super Junior merupakan antara salah satu kumpulan yang digilai ramai oleh para wanita mahupun lelaki berikutan lagu dan tariannya yang rancak walaupun sudah berpuluh tahun dalam industri hiburan.

Justeru, konsert yang telah diadakan pada 10 Oktober lalu di Axiata Arena, Bukit Jalil menamatkan penantian peminat di Malaysia yang ternanti nanti akan kemunculan mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI