fbpx

Oh Bilal, 1,001 komen netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEELOFA mengejutkan ramai dengan memuat naik video koleksi wajah Bilal dalam akaun media sosialnya.

PETALING JAYA – Tindakan selebriti terkemuka Neelofa berkongsi foto putera kesayangannya, Muhammad Bilal hari ini mendapat 1,001 reaksi ramai dalam media sosial hari ini.

Meskipun rata-rata teruja melibat wajah comel Bilal, ada juga segelintir netizen yang melahirkan rasa simpati terhadap bekas pengacara Nona itu.

Terdapat netizen yang bersimpati berpendapat Neelofa memuat naik foto Bilal kerana terlalu kerap menjadi mangsa kecaman dan buli dalam media sosial.

“Bilal sangat comel. Sedih baca kapsyen Neelofa, semoga mereka dilindungi Allah SWT,” ciap seorang netizen.

“Akhirnya dia sudah berkongsi wajah Bilal. Mereka yang sering mengecam Neelofa itu sudah puas hati?” komen seorang lagi netizen.

Dalam pada itu, netizen juga berharap buli siber terhadap Neelofa dan Bilal akan tamat selepas pelakon filem Azura (2012) itu meleraikan teka-teki wajah anaknya hari ini.

Hari ini, Neelofa mengejutkan ramai apabila memuat naik video berdurasi 1 minit dan 44 saat dalam akaun Instagramnya yang memaparkan koleksi wajah Bilal sejak dilahirkan sehingga kini. Menerusi hantaran sama, selain doa, Neelofa turut berkongsi luahan hati berkaitan nasib anaknya apabila sering menjadi mangsa kecaman netzien.

Sejak kelmarin, nama Neelofa dan anaknya menjadi bualan hangat apabila seorang individu memuat naik foto Bilal dalam sebuah akaun TikTok.

Disebabkan hal tersebut, dia melahirkan rasa kecewa kerana individu yang menularkan wajah Bilal mendahului kedudukannya sebagai seorang ibu dan tidak menghormati permintaannya sebelum ini.

Sehingga kini, nama Bilal turut sohor kini dalam Twitter susulan menjadi bualan hangat netizen.

Untuk rekod, Neelofa dan pendakwah bebas, Haris Ismail mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu.

Rumah tangga pasangan tersebut seterusnya diserikan dengan kelahiran Bilal pada 29 Januari lalu di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI