fbpx

Nirina Zubir mahu sihat sampai jadi nenek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NIRINA ZUBIR

PELAKON popular Nirina Zubir dikenali dengan gaya hidup sihat.

Pelakon filem Heart ini berkata, dia mahu kekal sihat dan mampu melihat anaknya berkahwin dan berkeluarga.

“Motivasi untuk saya bersenam adalah untuk anak-anak. Insya-Allah niatnya biar sihat, umur panjang, boleh lihat anak-anak dewasa hingga mereka kahwin, sampai dapat tengok cucu” ujarnya.

Pada usia 42 tahun, wanita berdarah Minangkabau itu memilih berbasikal sebagai sukan kegemarannya.

NIRINA mahu berbasikal keliling Indonesia.

Katanya, berbasikal bukan sahaja mengeluarkan peluh malah dapat menikmati udara yang segar.

Pernah terhalang akibat pendemik Covid-19, kini Nirina berkata, dia kembali semula aktif dan merancang membuat kayuhan mengelilingi Indonesia.

“Saya mahu mengelilingi Indonesia naik basikal, saya mahu mengenal Indonesia menerusi sukan seperti berbasikal atau diving” katanya.

Nirina sebelum ini pernah berbasikal sejauh 1,200 kilometer iaitu dari Jakarta ke Bali.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI