fbpx

Liverpool sedia bangkit sepenuhnya – Virgil van Dijk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VAN DIJK menggesa rakan-rakan sepasukan mendapatkan semula keyakinan serta prestasi sebenar dengan menewaskan Rangers pada aksi Liga Juara-Juara awal pagi esok. – AFP

LIVERPOOL – Selepas tewas kepada Arsenal, Liverpool kini mencari peluang untuk melakukan kebangkitan dramatik bagi memastikan prestasi mereka tidak terus merudum pada sai­ngan musim ini.

The Reds sedia menjadikan Rangers sebagai mangsa pertama apabila kedua-dua pasukan dijadualkan bertemu dalam saingan Kumpulan A Liga Juara-Juara di Stadium Ibrox awal pagi esok.

Pemain pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk berkata, dia dan rakan sepasukan sentiasa bekerja keras dalam sesi latihan dalam usaha mereka untuk memperbaiki prestasi yang dilihat sema­kin hambar.

“Tidak ada sesiapa tahu apa yang berlaku di belakang tabir, yang mana kami semua be­kerja keras dalam latihan bagi mengembalikan prestasi ke standard sebenar. Saya tahu keyakinan kami mungkin tidak berada di tahap terbaik.

“Bagaimanapun, kami semua adalah manusia biasa dan perkara ini tidak boleh dielak. Sekira­nya tidak mampu untuk dapatkan semula keyakinan itu, kami akan berdepan kesukaran bertemu Rangers nanti,” katanya.

Pemain antarabangsa Belanda itu berharap, mereka mampu mendapatkan semula keyakinan serta prestasi sebenar dengan menewaskan Rangers, seterus­nya bangkit semula dalam sai­ngan Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Kami tahu saingan liga bukanlah sesuatu yang mudah dan kami sudah ketinggalan jauh. Sekarang kami perlu fokus untuk dapatkan kemenangan dalam Liga Juara-Juara sebelum kembali ke saingan liga,” ujar Van Dijk. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI